Monday, January 24, 2011

PERSOALAN KENDURI ARWAH DALAM MASYARAKAT MELAYU

Sudah menjadi 'adat-isti'adat masyarakat Melayu bila berlaku kematian selepas pengkebumian mayyit mereka akan mengadakan kenduri arwah malam pertama, malam kedua, malam ketiga, malam ketujuh, malam empat belas, malam empat puluh dan malam seratus. Bagi gulungan yang miskin terpaksa bergolok dan bergadai untuk majlis tersebut. Jadual sebegini adalah 'amalan dari Agama Hindu. Bagaimana pula hal jika si mati pula meninggalkan anak yatim? Sudah tentu kita bersyubhat memakan harta anak-anak yatim.

Rasuulullahi S.A.W. mengarahkan para sahabat membuat jamuan bagi keluarga Syedina Ja'afar yang terkorban di dalam peperangan. Sepatutnya beginilah cara dan tindakan kita ke atas keluarga si mati seperti yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W.

Sunday, January 23, 2011

SYARAH TALQIN MAYYIT

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Maha suci ALLAH yang mentadbir dan mengurus serta mengurus sekelian alam yang fana. Yang HIDUP kekal abadi dan yang tidak ada kesudahanNYA. Setiap yang hidup atawa bernafas atawa yang bernyawa akan menghadapi kebinasaan dan kehancuran serta kematian sepertimana yang telah saksikan ke atas mayyit-mayyit yang terdahulu dan yang terkemudian. Inilah barang yang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. 'AZZAWAJALLA bahawasanya mati itu adalah benar! Memasuki ke liang qubur adalah benar! Menghadapi persoalan-persoalan qubur yang ditugaskan oleh ALLAH S.W.T. ke atas 2 Malaikah Munkar dan Nankir 'alaihissalam ke atas setiap mayyit sebaik-baik sahaja disemadikan di dalam dasar qubur adalah benar! Kebahgiaan qubur dan 'azab qubur adalah benar! Bangun dari qubur ketika mana ALLAH S.W.T. memerintah Malaikah Israfil 'alaihissalam meniup sengkakala atawa terompit maka terbungkarlah semua qubur semenjak dari zaman nabi Adam 'alaihissalam sehingga hari qiamat adalah benar! Menerima suratan 'amalan bagi orang-orang yang soleh dan solehah yakni orang-orang yang menjunjung segala titah perintah ALLAH 'AZZA WAJALLA melalui tangan kanan dari pihak hadapan adalah benar! Menerima suratan 'amalan bagi orang-orang yang toleh dan tolehah yakni orang-orang yang melanggar segala titah perintah ALLAH 'AZZA WAJALLA dan tiada kesempatan langsung memohon taubat nasuha kepadaNYA melalui tangan kiri dari pihak belakang adalah benar! Timbangan suratan 'amalan sama ada yang baik atawa yang jahat di mahkamah RABBUL JALIL di Mahsyar adalah benar! ALLAH S.W.T. tanya kepada semua manusia pada ketika itu: "ADAKAH TIDAK AKU SE'ADIL-'ADIL HAKIM KE ATAS KAMU?" Maka jawapannya adalah tepat sekali dan tidak berbolak-balik maka adalah yang demikian itu ENGKAU se'adil-'adil HAKIM ke atas hambaNYA yang tidak ada tolok banding! Meniti Sirat Almustaqim selebar seurat rambut dibelah tujuh mengambil masa 3,000 tahun perjalanan di Akhirat adalah benar! Ada yang melintasinya sepantas kilat...ada yang berlari...ada yang berjalan...ada yang merangkak...ada yang mengesot. Bergantunglah kepada 'amalan masing-masing. Bagi orang-orang yang berjaya melintasi Sirat Almustaqim dan minum di kolam Nabi S.A.W. iaitu ALKAUSAR adalah benar! Jannah adalah benar! Jahannam adalah benar! Syafa'at Nabi S.A.W. ke atas orang-orang yang beriman adalah benar! Semuanya adalah benar belaka dan tidak sesuatu yang dusta belaka!

PERSOALAN YANG PERTAMA sekali yang akan ditanya oleh dua Malaikah Munkar dan Nankir 'Alaihissalam yang ditugaskan khas oleh ALLAH SWT 'AZZA WAJLLA ke atas setiap mayyit sebaik-baik sahaja sekelian orang yang hazir melangkah 7 tapak meninggalkan qubur yang berkenaan ialah berkaitan dengan TAUHID RUBUBIYYAH. Semasa kita semua dan termasuk mayyit yang berkenaan berada di 'alam arwah dahulu ALLAH SWT 'AZZA WAJALLA telah bertanya dengan soalan yang berbunyi: SIAPAKAH RABB BAGI KAMU? MAKA BERKATALAH KITA SEMUA: BAHAWASANYA ENGKAU ADALAH RABB BAGI KAMI. Sekarang kita semua sedang berada di 'alam dunia yang fana ini. ALLAH SWT 'AZZA WAJALLA memerintahkan ke atas kita semua berikrar di hadapanNYA dengan lafaz yang berbunyi: SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MENTADBIR, MENGURUS DAN MENGATUR SEKELIAN 'ALAM. Kemudian bila kita diletakkan di dasar qubur menghadap ke arah qiblat dan didatangi oleh 2 Malaikah Munkar '  dan Nankir alaihissalam menyoal semula pengakuan yang telah kita buat di 'alam arwah dan 'alam dunia dahulu.

Persoalan yang kedua

Persoalan yang ketiga

Persoalan yang keempat

Persoalan yang kelima

Persoalan yang keenam